Ahad, Jun 27, 2010

Abang... Kasih Sayang Dululah Bang...

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang danberwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan! "Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:

"saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Jumaat, Jun 25, 2010

InFo - Tahu Kah Kita?




Rambut kita boleh menampung berat sehingga 3 kg.




Beras adalah makanan ruji lebih dari separuh penduduk bumi. Manakala tradisi mencampak beras dalam majlis perkahwinan sesetengah kaum melambangkan kesuburan.

 

Jantung manusia berdegup 100,000 kali sehari dan mengalirkan 1,800 pain darah ke seluruh tubuh.





Ketawa boleh mengurangkan berat badan seseorang.



Mereka yang berkerja pada waktu malam lebih mudah menjadi gemuk berbanding yang berkerja pada waktu siang.




 Badan manusia menjana 2 juta sel darah merah setiap saat !!


















- Oral-B adalah gabungan perkatan oral hygieni (Oral) dan better (B) iaitu lebih baik.

 

Ralph Lifhiz adalah nama sebenar bagi Ralph Lauren, iaitu pengeluar jenama pewangi terkenal didunia.




Tempoh berlaku nya gerhana matahari tidak pernahlebih daripada 7 minit 58 saat.



Setiap tiga minit , pasti ada laporan dibuat mengenai ternampak UFO oleh seseorang di planet bumi ini. Di Amerika pula laporan paling banyak dibuat pada pukul 9.00 malam dan 3.00 pagi.





Kala jengking dapat bertahan sehingga 200 kali ancaman radiasi nuklear berbanding manusia.







Tiada satu pun spesis hidupan liar yang mengeluarkan bunga atau pun putik berwarna hitam.



Burung kasawari boleh berlari sepantas 80 km sejam. Bagaimanapun, ia tidak pandai merempit !




Seekor singa mempunyai paten misai yang berbeza dengan singa yang lain, seperti mana cap jai manusia. Sarang labah-labah juga begitu, tiada satu pun yang sama bentuknya dengan sarang-sarang lain.






Pada kurun keenam dan ketujuh belas di Turki, sesiapayang ditangkap kerana, meminum kopi akan dikenakan hukuman mati !!!




Pada tahun 1700 di London, England, anda boleh membeli insurans yang boleh mengelakkan anda daripada dihumbankan ke dalam nereka.




Amerika Syarikat merupakan pemegang rekod negara paling ganas bahana cuacanya. Setiap tahun, dianggarkan akan berlaku 10,000 ribut petir yang dahsyat, 1000 tornado serta hurikan. Misalnya dalam masa 24 jam pada 3 dan 4 April 11974, telah berlaku 148 tornado di bahagian barat negara tersebut dengan meragut 309 nyawa manakala 5000 orang lagi cedera.



Pada 31 Julai 1994, Simon Sang Sung dari Singapura telah memcipta rekod dunia dengan menghasilkan 8,192 helai mi dari sekeping doh tepung dalam masa 59.29 saat !!!

Petua # 2 Khasiat Daun Sireh



Sireh atau bahasa latin Piper betlel mempunyai kandungan kimia berupa atsiri (kadinen, kavikol, sineol, eu-genol dan karvkol) dan zat samak - dimana bahagian digunakan ialah daun, getah dan minyak nya. Penelitian pakar menyatakan sireh sendiri banyak manfaatnya dan jika ditambah tanaman ubat yang lain akan lebih bermanfaat menyembuh berbagai penyakit.

Antara petua-petua menggunakan daun sireh

CEGAH KEROSAKAN GIGI (1)
  • Ambil selembar daun sireh
  • Cuci dengan air bersih
  • Kunyah-kunyah lumat.
  • Biarkan dalam mulut lebih kurang 3-5 minit kemudian ludahkan.
  • Lakukan 2 atau 3 kali sehari.


CEGAH KEROSAKAN GIGI (2)
  • Guna 5 - 6 lembar daun sireh,
  • 2 gelas air.
  • Dicuci terlebih dahulu dan direbus sehingga mendidih.
  • Biarkan ia sejuk.
  • Gunakan untuk berkumur setiap hari diwaktu pagi dan petang.


BENGKAK GUSI ATAU MULUT
Ramuan ini boleh juga digunakan menghentikan pendarahan setelah cabut gigi.
  • Guna 5 - 6 lembar daun sireh,
  • 3 gelas air.
  • Dicuci terlebih dahulu dan direbus hingga mendidih.
  • Tapis atau saringkan dan ditambah garam secukup nya.
  • Setelah sejuk gunakan untuk berkumur, lakukan 3 kali sehari.


HILANGKAN BAU MULUT
Ramuan ini digunakan untuk hilang bau busuk akibat kerosakan gigi.
  • Guna 10 lembar daun sireh.
  • 5 gelas air
  • Dicuci terlebih dahulu dan direbus hingga mendidih.
  • Tapis atau saringkan.
  • Setelah sejuk gunakan untuk berkumur 1 jam sekali.


HILANGKAN BAU BADAN
  • Guna 2 - 3 lembar daun sireh, cuci terlebih dahulu.
  • 1/2 gelas air mendidih
  • 1 sudu teh gula putih
  • Rebus dan tambahkan gula.
  • Biar suam-suam kuku, minum.
  • Lakukan 1 kali sehari.


HILANGKAN BAU KETIAK
  • Guna selembar daun sireh.
  • Kapur secukupnya
  • Letkan kapur diatas daun
  • Ramaskan sehingga lumat
  • Sapukan pada ketiak, sehingga bau nya hilang.


UBAT BATUK
  • Guna 5 lembar daun sireh.
  • 11 butir cengkih,
  • 11 kapulaga
  • 11 kemukus
  • Kayumanis 1 jari tangan
Cara membuat:
Cuci bahan-bahan dan rebus dengan 2 gelas air hingga tinggal segelas. Kemudian angkat dan saring/tapis

Aturan minum:
Umur 1 - 3 tahun, 3 kali sehari
Umur 4 - 5 tahun, 3 kali sehari 3 sudu makan
Umur 5 - 11 tahun, 3 kali sehari 5 sudu makan
Dewasa, 3 kali sehari.



KEPUTIHAN
  • 2 lembar daun sireh
  • 5 lembar daun jambu biji
  • 2 gelas air
  • Cuci bahan dan rebus hingga mendidih
  • Setelah sejuk guna untuk basuh taip waktu pagi, tengahari dan petang atau malam. Lakukan hingga benar-benar sembuh.


NYERI SENDI
  • 5 butir buah sireh
  • 1 umbi lempoyang emprit
  • Ragi secukupnya
Cara membuat :
Haluskan / Lumatkan keseluruhan bahan tadi dan tambahkan arak secukupnya lalu balurkan dibahagian yang sakit.



KAKI BENGKAK PADA WANITA HAMIL
  • 2 lembar daun sireh
  • 3 butir cabai jawa
  • 1 umbi lempoyang emprit
  • 1 sudu makan beras
  • Air sedikit
  • Arak secukupnya.
Cara membuat :
Bahan-bahan di haluskan/lumatkan dengan bantuan air, tambahkan arak secukupnya. Gosokkan pada kaki yang bengkak sebelum tidur.

Sumber :VARIASARI edisi November 2009
















Khamis, Jun 24, 2010

WAJAH EMOSI



Dalam menempuh hidup kita hingga akhir hayat, kita akan mengalami pelbagai keadaan emosi. Emosi itu terjadi secara langsung berhubung kait dengan keadaan sekitar diri kita masa itu. Ini lah antara wajah-wajah emosi positif dan negetif yang kita dapat lihat seharian ...





Emosi-emosi yang negetif seperti kemurungan, kebimbangan dan diburu perasaan bersalah boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh kita.

Spiderman sedang murung..dan kelihatan lemah


Manakala ketawa dan emosi-emosi yang positif pula bertindak menyeimbang, memulih dan menguatkan kembali sistem imunisasi yang telah "rosak" tadi.
SENYUM ITU IBADAH
senyum lah walau dalam sedang....marah!!!


Mari kita berdoa dan berzikir agar memperolehi jiwa dan hati yang ketenangan dan tenteram sebab salah satu anugerah terbesar dari Allah untuk hamba-hambaNya ialah janjiNya memperkenankan doa, apabila kita berdoa kepadaNya. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 :-

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”

Setiap diri yang sentiasa berdoa, akan merasai faedah dan kelebihan yang Allah anugerahkan;

ü Mendapat ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.

ü Tidak mudah menyerah kalah, rasa kecewa dan putus asa.

ü Beroleh perisai diri yang mampu menghadapi berbagai tekanan.

ü Sentiasa dipermudahkan menghadapi apa jua masalah.

ü Menguatkan iman dan tawakkal kepada Allah.

ü Dapat memelihara diri dari perbuatan sia-sia dan berdosa.

Antara faedah berzikir;

ü Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,

ü Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hamba Nya yang ingat padaNya,

ü Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,

ü Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,

ü Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)

Sekiranya kita terlalai dari berzikir, syaitan akan mendorong kita melakukan maksiat serta berbagaikan kejahatan lain. Sedangkan selagimana kita berzikir, kita dikelilingi malaikat juga di dalam lindungan Allah. Pada hakikatnya, zikir yang kita praktikan tidak sekadar ungkapan di lidah saja, malahan yang utama zikir itu berpusat di hati. Kemudian akan terungkap pada lisan. Seterusnya mengalir pada anggota pancaindera lain secara menyeluruh;

v Lidah akan hanya menyebut perkara yang baik saja.

v Mata hanya akan memandang yang halal dan digalakkan.

v Telinga hanya akan mendengar yang dibolehkan dan diredhai Allah.

v Tangan hanya akan bergerak melakukan kebaikkan.

v Kaki tidak akan bergerak menuju maksiat dan kemungkaran.

v Otak tidak akan memikirkan hal-hal yang diharamkan.

v hati hanya mengingati Allah dan berazam terus menerus melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah.


Sekian .. semoga kita sebagai hamba NYA... sentiasa mendapat rahmat dan barkah dari NYA.

Rabu, Jun 23, 2010

Petua # 1 Untuk Wanita

Salam sejahtera berserta limpah rahmat Illahi di iringi kasih sayang kerana Allah swt.

Ketika saya surfing kat internet terlihat akan beberapa laman petua. Terdapat beberapa petua penting (...pada diri saya..) maka saya ingin catat dan simpan untuk anak2 dan kaum kerbat terutama orang pompuan.. Tambahan orang pompuan ingin kelihatan cantik dan "bergetah" (awet muda). Ini adalah antara petua-petua yang telah dipetik dari website dan majalah :

PETUA MELAYU LAMA

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


PETUA KLASIK MELAYU

9. Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 :
Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 :
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya


10. Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1:
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

Petua 2 :
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3 :
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


Terdapat banyak lagi petua dari pelbagai kaum .. tapi Insya Allah akan di kumpulkan lagi.. bagiamanapun Selama Mencuba.. Wasalam



Isnin, Jun 21, 2010

PuTaran MaYa

Sedang saya dalam boring gilier, tangan pun gatal kilik pada web-web, sahaja cari idea nak tulis apa. Tiba terkilik zodu.com dan saya pun cuba. Sebab seronok aku try web lain picturecube3d.com. Hasilnya seperti dibawah. Putaran maya kiub 3D ini adalah sofware yang boleh digunakan untuk meletakan gambar dan sebagainya. Putaran atau pusingan kiub boleh dikawal dengan meletakkan kusor dan arahkan ke kiri, kanan, atas dan bawah. Bila dikilik pada gambar nya ia akan mempaparkan gambar tersebut. Ada banyak lagi tapi yang ini free.





Isnin, Jun 07, 2010

HaRi DaLam SeJarah...MULA ..TAMAT

As'salamualaikum....mari kita mulakan dengan Umul Al-Kitab - Al-Fatihah

Apa khabar semua? Salam perkenalan dari aku.. zyda idris @ zyderis.


Apa yang mula, apa yang tamat? Sebenar nya aku pun dok memikirkan nya. Sesuatu mesti ada permulaan nya .. dan tamat nya..dan ia akan mula dengan satu epsoid yang baru dan akan tamat.. dan akhir nya semua tak ada tamat nya walaupun jasad ini telah di kandung tanah. Mungkin tamat nya hanya di sana.. AKHIRAT.

Hari ni aku Mula guna blog... tak pernah dalam ada dalam fikiran aku dan dalam rencana hidup aku ada kaitan dengan internet. Mana aku reti menggunakan internet, apa yang aku tahu internet tu banyak faedahnya, yang buruknya pun banyak juga, pokok pangkalnya hati kita mahu yang baik ke yang buruk. Tapi hari ini sejarah aku nak MULA menulis di dalam BLOG.. jadi jom blogging.


Untuk kali ini hingga disini saja .. aku mencatat blog kali pertama ini. Before aku close ... terima kasih kepada mereka yang tolong set up blog ini kat aku..

Sebagai menutup kata kita baca