ZYDERIS
catatan dari kaca mata ku
Ahad, September 26, 2010
Sabtu, September 25, 2010
Ahad, Jun 27, 2010
Abang... Kasih Sayang Dululah Bang...
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang danberwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan! "Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menatu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:
"saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
Jumaat, Jun 25, 2010
InFo - Tahu Kah Kita?
Beras adalah makanan ruji lebih dari separuh penduduk bumi. Manakala tradisi mencampak beras dalam majlis perkahwinan sesetengah kaum melambangkan kesuburan.
Jantung manusia berdegup 100,000 kali sehari dan mengalirkan 1,800 pain darah ke seluruh tubuh.
Ketawa boleh mengurangkan berat badan seseorang.
Mereka yang berkerja pada waktu malam lebih mudah menjadi gemuk berbanding yang berkerja pada waktu siang.
Badan manusia menjana 2 juta sel darah merah setiap saat !!
Ralph Lifhiz adalah nama sebenar bagi Ralph Lauren, iaitu pengeluar jenama pewangi terkenal didunia.
Tempoh berlaku nya gerhana matahari tidak pernahlebih daripada 7 minit 58 saat.
Setiap tiga minit , pasti ada laporan dibuat mengenai ternampak UFO oleh seseorang di planet bumi ini. Di Amerika pula laporan paling banyak dibuat pada pukul 9.00 malam dan 3.00 pagi.
Kala jengking dapat bertahan sehingga 200 kali ancaman radiasi nuklear berbanding manusia.
Tiada satu pun spesis hidupan liar yang mengeluarkan bunga atau pun putik berwarna hitam.
Burung kasawari boleh berlari sepantas 80 km sejam. Bagaimanapun, ia tidak pandai merempit !
Seekor singa mempunyai paten misai yang berbeza dengan singa yang lain, seperti mana cap jai manusia. Sarang labah-labah juga begitu, tiada satu pun yang sama bentuknya dengan sarang-sarang lain.
Pada kurun keenam dan ketujuh belas di Turki, sesiapayang ditangkap kerana, meminum kopi akan dikenakan hukuman mati !!!
Pada tahun 1700 di London, England, anda boleh membeli insurans yang boleh mengelakkan anda daripada dihumbankan ke dalam nereka.
Amerika Syarikat merupakan pemegang rekod negara paling ganas bahana cuacanya. Setiap tahun, dianggarkan akan berlaku 10,000 ribut petir yang dahsyat, 1000 tornado serta hurikan. Misalnya dalam masa 24 jam pada 3 dan 4 April 11974, telah berlaku 148 tornado di bahagian barat negara tersebut dengan meragut 309 nyawa manakala 5000 orang lagi cedera.
Pada 31 Julai 1994, Simon Sang Sung dari Singapura telah memcipta rekod dunia dengan menghasilkan 8,192 helai mi dari sekeping doh tepung dalam masa 59.29 saat !!!
Petua # 2 Khasiat Daun Sireh
Sireh atau bahasa latin Piper betlel mempunyai kandungan kimia berupa atsiri (kadinen, kavikol, sineol, eu-genol dan karvkol) dan zat samak - dimana bahagian digunakan ialah daun, getah dan minyak nya. Penelitian pakar menyatakan sireh sendiri banyak manfaatnya dan jika ditambah tanaman ubat yang lain akan lebih bermanfaat menyembuh berbagai penyakit.
- Ambil selembar daun sireh
- Cuci dengan air bersih
- Kunyah-kunyah lumat.
- Biarkan dalam mulut lebih kurang 3-5 minit kemudian ludahkan.
- Lakukan 2 atau 3 kali sehari.
- Guna 5 - 6 lembar daun sireh,
- 2 gelas air.
- Dicuci terlebih dahulu dan direbus sehingga mendidih.
- Biarkan ia sejuk.
- Gunakan untuk berkumur setiap hari diwaktu pagi dan petang.
- Guna 5 - 6 lembar daun sireh,
- 3 gelas air.
- Dicuci terlebih dahulu dan direbus hingga mendidih.
- Tapis atau saringkan dan ditambah garam secukup nya.
- Setelah sejuk gunakan untuk berkumur, lakukan 3 kali sehari.
- Guna 10 lembar daun sireh.
- 5 gelas air
- Dicuci terlebih dahulu dan direbus hingga mendidih.
- Tapis atau saringkan.
- Setelah sejuk gunakan untuk berkumur 1 jam sekali.
- Guna 2 - 3 lembar daun sireh, cuci terlebih dahulu.
- 1/2 gelas air mendidih
- 1 sudu teh gula putih
- Rebus dan tambahkan gula.
- Biar suam-suam kuku, minum.
- Lakukan 1 kali sehari.
- Guna selembar daun sireh.
- Kapur secukupnya
- Letkan kapur diatas daun
- Ramaskan sehingga lumat
- Sapukan pada ketiak, sehingga bau nya hilang.
- Guna 5 lembar daun sireh.
- 11 butir cengkih,
- 11 kapulaga
- 11 kemukus
- Kayumanis 1 jari tangan
- 2 lembar daun sireh
- 5 lembar daun jambu biji
- 2 gelas air
- Cuci bahan dan rebus hingga mendidih
- Setelah sejuk guna untuk basuh taip waktu pagi, tengahari dan petang atau malam. Lakukan hingga benar-benar sembuh.
- 5 butir buah sireh
- 1 umbi lempoyang emprit
- Ragi secukupnya
- 2 lembar daun sireh
- 3 butir cabai jawa
- 1 umbi lempoyang emprit
- 1 sudu makan beras
- Air sedikit
- Arak secukupnya.
Khamis, Jun 24, 2010
WAJAH EMOSI
Setiap diri yang sentiasa berdoa, akan merasai faedah dan kelebihan yang Allah anugerahkan;
ü Mendapat ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
ü Tidak mudah menyerah kalah, rasa kecewa dan putus asa.
ü Beroleh perisai diri yang mampu menghadapi berbagai tekanan.
ü Sentiasa dipermudahkan menghadapi apa jua masalah.
ü Menguatkan iman dan tawakkal kepada Allah.
ü Dapat memelihara diri dari perbuatan sia-sia dan berdosa.
Antara faedah berzikir;
ü Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,
ü Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hamba Nya yang ingat padaNya,
ü Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,
ü Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang dibawanya,
ü Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)
Sekiranya kita terlalai dari berzikir, syaitan akan mendorong kita melakukan maksiat serta berbagaikan kejahatan lain. Sedangkan selagimana kita berzikir, kita dikelilingi malaikat juga di dalam lindungan Allah. Pada hakikatnya, zikir yang kita praktikan tidak sekadar ungkapan di lidah saja, malahan yang utama zikir itu berpusat di hati. Kemudian akan terungkap pada lisan. Seterusnya mengalir pada anggota pancaindera lain secara menyeluruh;
v Lidah akan hanya menyebut perkara yang baik saja.
v Mata hanya akan memandang yang halal dan digalakkan.
v Telinga hanya akan mendengar yang dibolehkan dan diredhai Allah.
v Tangan hanya akan bergerak melakukan kebaikkan.
v Kaki tidak akan bergerak menuju maksiat dan kemungkaran.
v Otak tidak akan memikirkan hal-hal yang diharamkan.
v hati hanya mengingati Allah dan berazam terus menerus melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah.